Saturday, February 14, 2009

Pemasangan Misting System

Setelah siap buat rak cendawan, URS Agro pun memulakan kerja-kerja pemasangan misting system untuk mengawal kelembapan udara rumah cendawan. URS Agro memilih menggunakan misting system sebab cara ini dirasakan paling sesuai dengan keadaan rumah cendawan ini. Nak guna cara tuang air di lantai takut rumah tu rosak, marah pulak tuan rumah. Nak guna cara mob lantai 3 ke 4 kali sehari kena ada pekerja yg betul2 tetap. Jadi URS Agro pilih guna misting system sebab pam yang digunakan boleh berfungsi secara automatik.

Pam, hos dan nozzle untuk misting system nie dibeli disebuah kedai yang terletak di Jalan Loke Yew. URS Agro memilih pam yang berkapasiti sehingga 40 nozzle tetapi Cuma 25 nozzle sahaja yang digunakan untuk rumah cendawan ini. (beli yg kapasiti besar skit untuk senang nak expand projek...kalau ada rezeki) Kerja-kerja pemasangan misting system juga dibuat sendiri aka DIY oleh pihak URS Agro sebab upah pemasangan misting system yang diminta oleh kedai yang menjual pam nie mencecah hampir RM1500. Jadi URS Agro try pasang sendiri, dan setelah beberapa kesilapan kecil semasa pemasangan misting sytem nie akhirnya berjaya. Tapi URS Agro memang akui kerja pemasangan misting system menggunakan hos dan nozzle nie memang susah..........patutla upah mahal...........yang susahnyer bila kita dah siap pasang......... test on pump..........kejap nozzle kat bawah bocor...kejap nozzle kat atas.........memang leceh dan rumit..........nak adjust arah semburan air dari nozzle pun susah.........kita adjust nozzle belah kiri ........nozzle belah kanan lari.........Lepas nie mana2 kedai mamak ke, restoran ke, pengusaha cendawan ke nak cari orang pasang misting system boleh panggil URS Agro.............Upah boleh bincang...........hehehhehehhe


meter untuk check presure air yg keluar dari pam.........kat tepi tu filter untuk pastikan air yg masuk ke dalam pam tu bersih supaya nozzle tak sumbat...untuk pam model nie ada 2 filter untuk pastikan air betul-betul bersih dari segala kotoran............


pandangan depan misting pump yg digunakan........ada suis untuk control secara manual atau auto dan juga ada timer...........pam kalau berfungsi secara manual guna button on off yg merah dan hijau........kalau berfungsi secara automatik guna timer............


bahagian dalam misting pump yg digunakan oleh URS Agro...........tokey kedai tu kata pump nie dari Australia......tak tau betul ke tak.......kadang-kadang satu skrew dia pakai made in Australia dia terus claim semua dari Australia (yg nie ada kedai lain yg cakap)

keadaan rumah cendawan bila dipasang misting system


baru pasang seminit..............

hos dan nozzle di bilik master bedroom.........nie dah pasang dalam 3 minit


nampak berkabus di 3rd bedroom bila dah pasang mist............kalau masuk 5 minit ke atas berkabus macamnie la keadaan rumah cendawan

salah satu nozzle di 2nd bedroom

keadaan ruang tamu yg berkabus bila pump tgh jalan

nie di ruang tamu juga

nampak titik2 kecil air..................rasa macam kat kedai mamak pulak duduk bawah nozzle nie......sejuk



gambar air keluar dari nozzle..........nozzle semua guna nozzle nombor 1....paling halus





No comments:

Post a Comment