Saturday, February 14, 2009

Operasi Rumah Cendawan URS Agro

Semasa diperingkat perbincangan penubuhan URS Agro, URS Agro sudah pertimbangkan samaada nak terlibat dalam penanaman cendawan daripada mula membuat bongkah sampai ke peringkat penghasilan dan pemasaran cendawan atau penghasilan dan pemasaran cendawan sahaja. Setelah dipertimbangkan URS Agro merasakan tapak rumah cendawan yang disewa oleh URS Agro cuma sesuai untuk penghasilan cendawan dan bukan pembuatan bongkah cendawan. URS Agro membuat keputusan untuk membeli bongkah cendawan yang siap berbenih daripada pengusaha cendawan yang lain. Kiranya fasa pertama URS Agro cumalah penghasilan dan pemasaran cendawan segar.

Setelah fasa pertama nie berjalan lancar, barulah nanti URS Agro merancang untuk menjalankan fasa kedua operasi syarikat iaitu menjalankan pembuatan bongkah-bongkah cendawan sendiri. Doakan kejayaan syarikat kami. InsyaAllah..........................

No comments:

Post a Comment