Saturday, February 14, 2009

Hygrometer

Bila dah pasang misting system, URS Agro nak tau jugak samaada suhu dan kelembapan rumah nie sesuai atau tidak untuk pertumbuhan cendawan. URS Agro telah membeli hygrometer untuk tujuan tersebut. Hygrometer nie dibeli daripada ebay. Murah sikit compared dengan yang dijual di kedai tu. Hygrometer yang digunakan adalah Model HC520. Rasanya dari China kot. Hygrometer nie boleh detect suhu dan kelembapan udara. Disamping tu hygrometer HC520 nie boleh record minimum dan maximum suhu dan kelembapan udara. Jadi senang sikit nak monitor keadaan rumah cendawan nie.

Bila dah ada hygrometer nie, URS Agro cuba monitor suhu dan kelembapan rumah cendawan nie dengan dan tanpa pemasangan misting system. Tanpa pemasangan misting system rumah cendawan nie kurang sesuai untuk pertumbuhan cendawan terutama pada waktu tengahhari dan dibahagian atas rumah nie. Suhu dibahagian atas pada tengahhari hampir mencecah 32ºC dan kelembapan cuma 60%. Bahagian bawah rumah tidak terlalu panas iaitu kira-kira 29 ºC dan kelembapan pada 65%.Setelah di pasang misting system suhu dibahagian atas rumah kira-kira 27ºC ke 30 ºC pada tengahhari yang panas terik. Kelembapan pula kira-kira 70%-90%. Kira ok la tu. Tapi kena monitor masa dah masuk bongkah cendawan nanti. Harap-harap suhu dan kelembapan ok bila dah masuk bongkah cendawan. Kalau tak URS Agro sedang mempertimbangkan untuk pasang exhaust fan untuk menurunkan suhu dalam rumah cendawan terutama di bahagian atas.


hygrometer yang digunakan


Spec hygrometer HC520

No comments:

Post a Comment