Saturday, February 14, 2009

Pembinaan Rak

Bila rumah cendawan dah bersih, URS Agro pun mula beli barang-barang bertukang untuk membuat rak, pasang jari BRC pada tingkap2 (tak nak tikus dan burung masuk), pasang jaring hitam.

Setelah meninjau ke serata kedai hardware disekitar kawasan Serdang, Kajang, Bangi, URS Agro pun membeli barang bertukang dari sebuah kedai hardware kat Sungai Ramal. Kayu untuk buat rak pulak URS Agro tempah dari sebuah kilang kayu kat Jalan Reko. Beli kayu kat kilang nie murah la skit compare beli kat hardware pasal dia kira tan. Banyak jugak la dapat save bajet beli kayu terus dari kilang dan banyak jugak la duit habis untuk beli barang2 bertukang dan kayu nie. hehehehheehe


Untuk buat rak, URS Agro guna 2 jenis kayu. Untuk tiang kayu size 2”x 4” dan untuk kayu palang nak letak cendawan guna kayu 2”x1”.Buat rak nie URS Agro decide untuk buat sendiri. Takde nak upah2 kat orang lain pasal nak jimat kos. Kerja-kerja pembinaan rak nie cuma di buat pada hujung minggu pasal tenaga kerja yang digunakan cuma free hujung minggu. Tolak tambah semua rasanya dlm 5 hari jugak la diperlukan untuk buat rak nie. Daripada mengangkut kayu turun dari lori, gergaji kayu ikut ukuran plan rak rumah cendawan lepas tu paku kayu tu sampai siap jadi rak berdiri dengan kukuh. Lama jugak tu, tapi nak buat macammana tenaga kerja yang buat rak nie memang kaki tak pernah bertukang. Bukan kira tenaga kerja separuh mahir, nie dah tahap tenaga kerja tak mahir. Tapi hasilnya, Alhamdulillah puas hati jugak la.

Dalam rumah nie ada 4 bahagian rak cendawan. Ruang tamu, master bedroom, 2nd bedroom, 3rd bedroom dan bilik store. Setelah siap rak nie siap, dikira, dicampur, ditolak dan dibahagi rasanya rumah nie boleh muat dalam 14000 ke 16000 bongkah cendawan.

Gambar nie semua sekitar aktiviti membina rak oleh pekerja-pekerja tak mahir dari URS Agro Enterprise


Kayu baru turun dari lori.........lupa pulak nak tangkap gambar lori..........



tutup skit kayu takut hujan...........

antara peralatan bertukang.........tu skit jer nampak





Kayu dipotong dulu ikut ukran plan baru diangkut masuk dalam rumah



Dah siap potong diangkut masuk tiap2 bilik ikut keperluan.....nie sebahagian kayu untuk 3rd bedroom



nie kayu untuk rak dalam 2nd bendroom



kayu dalam master bedroom.........



sesi memaku kayu untuk buat separuh dari rak



tangan rasa nak tercabut paku kayu tak berenti



dah siap rak separuh untuk disambungkan



timbunan rak separuh.............



rak separuh tu dicantum menjadi satu rak yg siap berdiri

berat wooooo nak angkat rak nie..........

akhirnya rak-rak cendawan siap dibina.........
rak di ruang tamu










No comments:

Post a Comment